Followers

ikut ikutan

Thursday, April 22, 2010

Cerita berita sengketa.

Cerita berita sengketa.

Sudah lama saya tidak membeli akhbar Harakah semenjak sukar diperolehi.
Biasanya saya hanya melayari Harakah di on line, tak sedar, diam2 lebih 2thn juga tak membelinya.
Ada perbezaanya antara warkah & on line ni.
Saya paling gemar membaca diruangan Muhasabah.

Banyak perbezaannya antara akhbar harakah dgn akhbar2 yg lain.
Teringat saya akan rakan saya suatu ketika dahulu.
Semasa dalam perjalanan menziarah saudaranya di pantai timur, saya sempat membelinya, ketika itu mudah didapati. Dalam perjalanan, rakan saya sempat membelek2, selesai membelek agak lebih kurang 1jam. Dicampakkan akhbar tu sambil mendengus.
Saya tahu, mungkin baru pertama kali beliau membacanya.
Jadi tidak hairanlah. bukan dia seorang sahaja begitu. setiap rakan2 yg membacanya juga sedemikian.

Saya mengajak dia minum sambil berbual, bagi saya memandu sambil berbual kadang2 boleh mengganggu perhatian ketika pemanduan. Saya bertanya beliau, kenapa murung saja,
Jawabnya.. Aku tidak puas hati. mungkin betul berita tu.
Saya tanyakan berita yg mana kamu tidak puas hati, jawabnya hampir semua.

Saya ambil contoh seperti Artis.
Kamu minat kat artis tu, tiba2 majalah tu cakap dia betina kaki joli kuat disco dsb. kamu puas hati ke tidak.
satu masa artis tu pergi saman wartawan tu. Baru kamu tahu mereka buat cerita utk berita. skrg terpulang.. andai kamu percaya kamu bezakannya dgn berita2 yg lain.

Secara kebetulan pula, tersiar wakil2 mereka pergi ke penempatan saudaranya itu. sesampainya kami disana, beliau tidak sabar bertanyakan khabar dalam berita. memang wakil2 ada datang lebih kurang hampir 2minggu lalu lebih kurang 15 org semuanya. Tetapi.. sekadar bertanya khabar utk berita.

Bagi saya,
Akhbar harakah ini hampir mirip sebagaimana majalah hiburan, bercerita tentang publisiti2 serta cerita berita yg lain2. bezanya, Majalah hiburan mengkhususkan publisiti utk golongan artis manakala harakah utk tokoh2 politik. Apabila menghasut dianggap perjuangan,  maka ramai antara kita mudah terlalu mudah menghimpun dosa.

Dan sekarang ini.
Terbuka hati saya utk berkongsi pandangan baik buruk cerita berita ini.
Memandangkan, ramai saudara2 saya yg memang taksub dgn politik. mereka seolah2 menjadikan harakah sebagai panduan. Bukannya AL-QURAN. Setiap kali selepas membaca akhbar, emosi mereka lebih hebat dari biasa seolah2 baru lepas memotivasikan diri. Maka tidak hairanlah mengapa adakalanya mereka berani bertindak diluar batasan. Haruskah saya merayu dan menyeru agar jgn sesakali kita taksub dan fanatik sedangkan dalam waktu yg sama, pemimpin2 seolah2 bangga serta menggalakkan bila pengikut2 mereka bertindak sedemikian rupa. sedangkan wadah perjuangannya bukan utk yg sedemikian.

Tiada faedahnya berbalah kerana politik
Seperti cerita kanak2 Sibuta dgn gajah.

3 comments:

  1. Salam bro, setuju sangat dengan komen tuan.... inilah yang sepatuntnya difikirkan rakyat, sentiasa membuka minda dan menilai.....

    ReplyDelete
  2. tksh kembali.
    smga keharmonian akan muncul suatu masa nanti,
    sebelum aku pergi,
    sesuatu harus kutinggalkan utk masa depan anak bangsa kita diduniawi.

    ReplyDelete
  3. Salam!! terima kasih inforenya... saya suka juga mambacanya bila ada peluang.

    ReplyDelete

Blog Archive

menyusuri jln menuju kebahagiaan