Followers

ikut ikutan

Friday, May 21, 2010

Facebook | Gambar Saya - Bicara Hati



Setia menanti pemangsa.

Aduhai mangsa,
mengertilah...
Gembirakah kalian menjadi mangsa.
yg sering menantikan pemangsa.

Duhai pemangsa.
hilangkah sudah bekalan ilmu didada.
atau sebelum mati perlu bersuka ria.
sebagai bekalan mu kesana.

Mangsa....
masa muda mu terus sia2.
sudah melupakan pahala & dosa.
asal kepuasan dapat dirasakan,
hilang sudah adat & sopan,
lenyap sudah bekalan keimanan.

bila mangsa sudah lupa.
segala yg dibuat indah belaka,
setia menanti kehadiran pemangsa,
tidak hadir yg ini yg lain ada,
hingga gadis bertukar betina,
bertambahlah bayi bersepah2 merata2.
sedang pemangsa bermaharaja lela.
sedia mencari mangsa lainnya.
kasihan ibu & bapa,
terpaksa menanggung dosa mangsa,
itukah bekalan utk mereka,
yg akan dibawa bersama,

mangsa.
perlukah aku melaung sebagaimana laungan azan,
yg menyeru utk kebaikan,
perlukah aku merayu mendayu2,
agar kalian semua tahu.
bertapa hancurnya hati ayah & ibu,
sedangkan kau suka begitu,

Thursday, April 22, 2010

Cerita berita sengketa.

Cerita berita sengketa.

Sudah lama saya tidak membeli akhbar Harakah semenjak sukar diperolehi.
Biasanya saya hanya melayari Harakah di on line, tak sedar, diam2 lebih 2thn juga tak membelinya.
Ada perbezaanya antara warkah & on line ni.
Saya paling gemar membaca diruangan Muhasabah.

Banyak perbezaannya antara akhbar harakah dgn akhbar2 yg lain.
Teringat saya akan rakan saya suatu ketika dahulu.
Semasa dalam perjalanan menziarah saudaranya di pantai timur, saya sempat membelinya, ketika itu mudah didapati. Dalam perjalanan, rakan saya sempat membelek2, selesai membelek agak lebih kurang 1jam. Dicampakkan akhbar tu sambil mendengus.
Saya tahu, mungkin baru pertama kali beliau membacanya.
Jadi tidak hairanlah. bukan dia seorang sahaja begitu. setiap rakan2 yg membacanya juga sedemikian.

Saya mengajak dia minum sambil berbual, bagi saya memandu sambil berbual kadang2 boleh mengganggu perhatian ketika pemanduan. Saya bertanya beliau, kenapa murung saja,
Jawabnya.. Aku tidak puas hati. mungkin betul berita tu.
Saya tanyakan berita yg mana kamu tidak puas hati, jawabnya hampir semua.

Saya ambil contoh seperti Artis.
Kamu minat kat artis tu, tiba2 majalah tu cakap dia betina kaki joli kuat disco dsb. kamu puas hati ke tidak.
satu masa artis tu pergi saman wartawan tu. Baru kamu tahu mereka buat cerita utk berita. skrg terpulang.. andai kamu percaya kamu bezakannya dgn berita2 yg lain.

Secara kebetulan pula, tersiar wakil2 mereka pergi ke penempatan saudaranya itu. sesampainya kami disana, beliau tidak sabar bertanyakan khabar dalam berita. memang wakil2 ada datang lebih kurang hampir 2minggu lalu lebih kurang 15 org semuanya. Tetapi.. sekadar bertanya khabar utk berita.

Bagi saya,
Akhbar harakah ini hampir mirip sebagaimana majalah hiburan, bercerita tentang publisiti2 serta cerita berita yg lain2. bezanya, Majalah hiburan mengkhususkan publisiti utk golongan artis manakala harakah utk tokoh2 politik. Apabila menghasut dianggap perjuangan,  maka ramai antara kita mudah terlalu mudah menghimpun dosa.

Dan sekarang ini.
Terbuka hati saya utk berkongsi pandangan baik buruk cerita berita ini.
Memandangkan, ramai saudara2 saya yg memang taksub dgn politik. mereka seolah2 menjadikan harakah sebagai panduan. Bukannya AL-QURAN. Setiap kali selepas membaca akhbar, emosi mereka lebih hebat dari biasa seolah2 baru lepas memotivasikan diri. Maka tidak hairanlah mengapa adakalanya mereka berani bertindak diluar batasan. Haruskah saya merayu dan menyeru agar jgn sesakali kita taksub dan fanatik sedangkan dalam waktu yg sama, pemimpin2 seolah2 bangga serta menggalakkan bila pengikut2 mereka bertindak sedemikian rupa. sedangkan wadah perjuangannya bukan utk yg sedemikian.

Tiada faedahnya berbalah kerana politik
Seperti cerita kanak2 Sibuta dgn gajah.

Monday, January 25, 2010

Smga ditempatkan bersama mereka yg terbaik antara yg terbaik disisinya.

 25/01/2010

09:35 AM







AL-FATIHAH.
BISMILLAHIROHMANIROHIM..............

belum puas ku berkorban dan berbakti utk mu.
namun kau pergi jua akhirnya, dengan senyum ceria terukir diwajah mu ibu ku MIMAH BT Abd. Jalal.
smga allah menempatkan dirimu bersama dalam golongan org2 terbaik dikalangan yg terbaik.
anak2 mu akan sentiasa berdoa agar ibu damai disana.

tksh tak terhingga kepada shbt2 yg mengutus ucap takziah & doa.
salam kemaafan dari kami pada semua.
satu masa kita akan pergi jua.
tiada yg kekal selain yg esa.
smga kita sentiasa mendapat keberkatannya & keredaannya.

Lihat komen2 shbt seterusnya.


Friday, November 6, 2009

Sempena ulang thn perkahwinan ke-19thn.

Ucapan2 serta Doa2 dari shbt2
sempena hari ulang thn perkahwinan kami yg ke-19thn.


Sempena ulang thn perkahwinan ke-19thn.

kunjungi shbt2 radio Malaysia KLfm
http://mms.kl.fm/kgMMS


07/11/2009
12:14 PM



Papar Semua
Komen
MOBLOG


[LUCKYCT : 26041]
aslmkum.w.w.
slmt bertugas dj noreen.
slm tksh pada dj2 klfm.
slm tksh kpd semua shbt, khususnya shbt2 kgMMS.

slm tksh tak terhingga dgn ucapan & doa2 kalian.
smga ikatan persahabatan@persaudaraan berkekalan.
smga kesejahteraan & keberkatan sentiasa menemani kita dalam kehidupan.

ingin ku membena kubu agar persahabatan kita terus berpanjangan.
namun doa & harapan anda sudah memadai utk menguatkan tali persahabatan itu.
ingin ku membina tugu utk memperingati bertapa besarnya pengorbanan anda semua.
namun doa & harapan anda semua sudah memadai utk kami tidak akan melupakannya sepanjang hayat kami.

tksh semua.
tksh tak terhingga.
tksh segalanya.
skrg seadanya.

Sunday, November 1, 2009

Destinasi roket bukan ke bulan

Bismillahirahmannirahim..

aslkum.w.w.

Saya bersetuju dgn pendapat Dr. Ridhuan Tee.

baca pendapat mereka disini.

dari sumber. utusan on line.

Destinasi roket bukan ke bulan


dalam pada itu antara lain pendapat.


TV3 Forum | Jika anda ditanya : "Adakah anda mahu hudud. Apa jawapan anda?"


memang pada hakikatnya hukum&ketetapan yg ALLAH beri agar umat2nya mematuhinya adalah hukum yg terbaik, malah tak perlu digubal & tiada siapa yg perlu mempertikaikannya.


sebaliknya hukum & undang2 ciptaan maanusia boleh dipinda mengikut kesesuaian semasa.


Lumrah org melayu yg tak gentar dengan undang2 & hukum2 samada dari hukum2 yg allah telah tetapkan mau pun hukum2 dari ciptaan. yg jelas & nyata DADAH umpamanya. ramai org tahu apa hukumnya, tetapi mengapa org melayu masih menopolinya, bahka org melayu sendiri yg jadi pengedarnya, sedangkan mereka tahu hukuman mati bagi pesalahnya.


bila isu dipolitikkan. perbincangan jadi pincang sehingga keluar dari tajuk perbincangan malah emosi sering digunakan bagi menyampai maksud yg tersirat & menguatkan hujah2.



Friday, August 14, 2009

Biar dihina dikeji asal jgn buat yg hina dan keji.

aslmkum.w.w.
suatu masa mungkin kita jadi org asing dibumi sendiri,
lihat saja negara jiran kita S'gpore.

saya dari keluarga daif,
bersyukur nikmat yg ada,
berterima kasih pada mereka pejuang bangsa,
namun sikap melayu,
hasad dengki sentiasa ada,
fitnah & nista dilemparkan asal tercapai kepuasan dicita.

semoga kita tergolong dari melayu ISLAM soleh,
yg memperjuangkan agama & bangsa,
bukan memperjuangkan agama utk kepentingan semata.

ampun maat keterlanjuran bicara,
saya hanya maanusia biasa,
salah silap maaf dipinta.

Tuesday, June 23, 2009

menyusuri jln kebahagiaan




lambaian ibu mengiringi anak2.(sempena hari IBU 2009)

lambaian ibu mengiringi anak2.
suasana mahligai yg mampu anak2 bina sebagai tempat ibuku berteduh dari panas dan hujan.

ini
lebih baik dari 15thn dulu.
pondok beratap nipah berdinding anyaman batang asam kumbar. Berlantai papan cebisan sisa2 dari buatan org kampung yg membelah kayu balak utk membina rumah.
namun alhamdulillah. Tapak rmh 1ekar adalah milik keluarga.

berbanding 30thn lalu.
membina bangsal dari buloh. Beratap rumbia berdinding anyaman daun kelapa. Berlantai buloh & nibung. Diatas tapak tumpangan selepas rmh tempat kami tumpangi terbakar.

alhamdulillah.
berkat ketabahan dan kesabaran ibu.
berkat doa dan restu ibu.
anakmu berdoa smga ibu sentiasa bahagia dan gembira seadanya.
hanya ini yg anak2 mampu korbankan utk mu ibu.
tksh ibu.

slm tksh pada semua ibu2 yg menyeri dan menyinari kebahagiaan keluarga.
reda dan bersyukur adalah kunci kebahagiaan kita.

Blog Archive

menyusuri jln menuju kebahagiaan